Thursday, September 15, 2011

..::: just 4 u :::...



Sayangku,

Ketika dirimu resah dalam menanti kehadiranku, berdoalah pada Allah dan berusahalah kerana aku  hanyalah wanita akhir zaman yang sedang mempersiapkan diri mencapai cita-cita menjadi wanita solehah agar menjadi yang terindah buatmu.

Sayangku,

Milikilah hatiku dengan izinNya, milikilah jiwaku keranaNya dan milikilah cinta dan  diriku kerana agamaNya.

Sayangku, 

Pada saat aku jauh darimu, akan aku jaga kesucian cintaku untukmu.  Untuk engkau yang telah Allah gariskan menjadi sebahagian dariku kerana aku potongan tulang rusukmu.

Sayangku,

Kadang hatiku merasa lelah berharap, letih menunggu sesuatu yang tak pasti. Kerana aku diberi harapan kosong dan kamu tidak pernah memberi jawapan. Membuat aku terdampar dengan persoalan yang penuh jawapan yang belum pasti. Namun, ku teguhkan keyakinanku pada janji Illahi .

Sayangku, 

Aku selalu berdoa sehingga sampainya waktu kita bertemu, terimalah aku seadanya kerana aku tidaklah semulia Khadijah,tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak setabah Fatimah. Maka, bimbinglah aku menuju keberkatan dan keredhaan Allah.  

Sayangku, 

Jemputlah aku jika waktunya tiba..dan aku akan terus sabar menantimu.

“Cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesederhanaan dan keikhlasan”

0 comments: