Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan ganjaran yang berlipat ganda. Bulan yang ditunggu – tunggu bagi merebut keberkatan & kelebihan yang disediakan oleh Allah SWT. Namun begitu, dalam kesungguhan diri mencari keberkatan pasti ada Muslimah di luar sana yang gelisah memikirkan datangnya tempoh ‘ABC’ setiap bulan yang sangat tidak diharapkan pada bulan Ramadhan.
Sejujurnya, perasaan sedih akan terbit dari hati kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid. Namun, haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut ditangisi, kerana di sebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.
REDHA
Haid adalah suatu ketentuan yang telah Allah tetapkan ke atas kita(anak-anak perempuan Adam), maka kita sepatutnya REDHA di atas ketentuan ini. REDHA merupakan salah satu daripada ibadah hati. Dats why kita seharusnya redha dengan apa yang Allah fitrahkan ke atas diri kita (haid) dengan hati yang tenang dan terbuka.
RINDU
Subhanallah. Rupa2 nya rasa rindu utk melakukan solat & membaca al-Quran pun merupakan suatu ibadah yang tdk didapati di kalangan mrk yg sdg suci. Lebih istimewa, perasaan gembira seorang muslimah kerana dapat mengerjakan ibadah selepas tamat tempoh haid adalah suatu perasaan yang Allah khususkan untuk kaum wanita sahaja. Maka bersyukurlah!
BILAKAH HAID MENJADI MASALAH?
Haid menjadi masalah bila seorang muslimah itu merasakan peluang utk mendapatkan ganjaran di bulan Ramadhan tlh hilang (x bley pose & solat terawih ) Sedangkan tanpa kita sedari pintu-pintu syurga masih terbuka kita, dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan. Seorang muslimah yang sdg ABC sebenarnya masih ada banyak peluang untuk mendapatkan ganjaran dan kelebihan bulan Ramadhan dengan :
1) memperbanyakkan zikir
2) memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W
3) mendengar bacaan Al-Qur’an,
4) membaca buku-buku yang bermanfaat
5) menyediakan juadah utk org berpuasa
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”
(Riwayat Tarmizi).
6) menunaikan keperluan ukhti yang keletihan disebabkan puasa
7) menjaga anak-anak kecil ketika ibu mereka sedang solat di masjid
8) bersedekah
9) dan sebagainya.
SO, sebelum datangnya tempoh haid anda, perbanyakkanlah amal ibadah, semoga Allah tetap memberikan ganjaran bagi amalan yang kita terhalang dari melakukannya disebabkan haid.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi)
Maka, barangsiapa yang terpaksa meninggalkan suatu amal ibadah disebabkan halangan yang syar’ie, Allah Yang Maha Pemurah akan tetap memberikan kita ganjaran sepertimana kita melakukannya.
sumber :
0 comments:
Post a Comment