Friday, August 19, 2011

...:::::10 mlm terakhir :::::...

Doa untuk amalan 10 hari terakhir Ramadhan sebanyak mungkin ------
اللهم إنّك عفو كريم تحب العفو فاعف عنّا

Allahmumma innaka afuwwun kareem tuhibbul afwa fa'fu anna

...Maksudnye : yaAllah yaTuhan, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Mulia, dan suka Mengampuni, maka, ampunilah kami..

Doa yang Rasulullah s.a.w pesan kepada Aisyah r.a untuk baca sekiranya bertemu lailatul qadr

Wednesday, August 17, 2011

WANITA SOLEHAH


WANITA SOLEHAH

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.


Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.


Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.


Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.


shared from : http://pakarcinta.com/blog/madah-untuk-wanita-solehah/

Friday, August 12, 2011

guD news foR muSlimaH


Salam Ramadhan...
Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan ganjaran yang berlipat ganda. Bulan yang ditunggu – tunggu bagi merebut keberkatan & kelebihan yang disediakan oleh Allah SWT. Namun begitu, dalam kesungguhan diri  mencari keberkatan pasti ada Muslimah di luar sana yang gelisah memikirkan datangnya tempoh ‘ABC’ setiap bulan yang sangat tidak diharapkan pada bulan Ramadhan. 

Sejujurnya,  perasaan sedih akan terbit dari hati kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan  haid. Namun, haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut ditangisi, kerana di sebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.

REDHA



Haid adalah suatu ketentuan yang telah Allah tetapkan ke atas kita(anak-anak perempuan Adam), maka kita sepatutnya REDHA di atas ketentuan ini. REDHA merupakan salah satu daripada ibadah hati. Dats why kita seharusnya redha dengan apa yang Allah fitrahkan ke atas diri kita (haid) dengan hati yang tenang dan terbuka.


RINDU



Subhanallah. Rupa2 nya rasa rindu utk melakukan solat & membaca al-Quran pun merupakan suatu ibadah yang tdk didapati di kalangan mrk yg sdg suci. Lebih istimewa, perasaan gembira seorang muslimah kerana dapat mengerjakan ibadah selepas tamat tempoh haid adalah suatu perasaan yang Allah khususkan untuk kaum wanita sahaja. Maka bersyukurlah!

BILAKAH HAID MENJADI MASALAH?

Haid menjadi masalah bila seorang muslimah itu merasakan peluang utk mendapatkan ganjaran di bulan Ramadhan tlh hilang (x bley pose & solat terawih ) Sedangkan tanpa kita sedari pintu-pintu syurga masih terbuka kita, dan para malaikat masih memanggil-manggil pencari kebaikan. Seorang muslimah yang sdg ABC sebenarnya masih ada banyak peluang untuk mendapatkan ganjaran dan kelebihan bulan Ramadhan dengan :
1)     memperbanyakkan zikir 

2)     memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W
3)     mendengar bacaan Al-Qur’an,
4)     membaca buku-buku yang bermanfaat
5)     menyediakan juadah utk org berpuasa 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun
(Riwayat Tarmizi).


6)     menunaikan keperluan ukhti yang keletihan disebabkan puasa
7)     menjaga anak-anak kecil ketika ibu mereka sedang solat di masjid

8)     bersedekah 

9)     dan sebagainya.

SO, sebelum datangnya tempoh haid anda, perbanyakkanlah amal ibadah, semoga Allah tetap memberikan ganjaran bagi amalan yang kita terhalang dari melakukannya disebabkan haid. 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.
(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi)

Maka, barangsiapa yang terpaksa meninggalkan suatu amal ibadah disebabkan halangan yang syar’ie, Allah Yang Maha Pemurah akan tetap memberikan kita ganjaran sepertimana kita melakukannya.


sumber : 

Tuesday, August 9, 2011

laNgiT biRu

Salam chingu...

Lyna rase laen sgt2..hati rs xbrp nk tenang..mungkin banyak fikir kot…huhu..lyna mohon pertolongan Allah..smg kurniakan ketenangan dalam hati lyna..tp lyna taw, ketenangan bkn ley dpt FOC..kite kene usaha ke arahnya. 

Slain drpd mendekatkan diri kpd Allah, ad  satu care yg lyna sokmo wat tuk tenangkan aty yg gundah gulana (pergh..) jeng3x..
Lyna slalu tgk langit biru….or pape la yg kaler biru muda…
Suke sgt tgk langit tym2 aty tgh celaru..biasenye lyna baring2 ats katil sambil2 tgk langit biru..alhamdulillah, aty lyna tng after that. Bile tgk jer langit, rase cam tgh terbang and seolah-olah sgale kecelaruan terbang same.. kdg2 terpesona tgk langit yang indah.. Subhanallah..sungguh sempurna ciptaan Allah yang Maha Agung.
Bkn tym celaru je lyna tgk langit..tym berfikir pon lyna prefer tgk langit tuk dptkan idea..sng kate mmg suke tgk langit..
korang xsuke ker?he3…
Secara xlangsung, lyna minat sgt3 ngan kaler biru… Ade org kate sky blue, ade org kate baby blue..yg pntng lyna kate light blue..light blue is my feveret kaler..kalu bley sume bende nk warne light blue..he3..kalu kat bilik....

cadar, blanket, alas lantai, beg, towel, pijamas, rak barang n laen2 sume kaler sky blue..coomeyy!!! sejuk aty tgk… xdpt tgk langit, tgk katil pon jadilah…pastu mule la,  ngantuk!!!!


 Kesimpulannya, lyna suke skyblue@baby blue@light blue.. <3



hAraPaN RamaDhan ... =)

syukur alhamdulillah, 
lyna dan yg len dikurniakan rezki utk bertemu dgn ramadhan 1432H dengan akal dan tubuh bdn yang sihat...
insyaAllah, ramAdHan lyna kali ni lebih baik dr ramAdHan yg lepas-lepas...smg Allah beri kekuatan dan permudahkan lyna utk mencapai target RaMadhan tahun ni...he3, bkn exam je ad target taw..kalu bley dlm stp tindak tanduk kite ad target...iaitu mencapai keredhaan Allah..amin.. =)